Isnin, 11 Mac 2013

Parenting : Potty train in progress - AMN 2 yrs

Hi semua
Malam ni nak cerita bahawasanya saya telah membeli potty trainer untuk AMN tadi. Saya beli brand yang biasa sahaja, sweet cherry, rm21.90 di queensbay mall tadi. Kalau ikutkan ada lagi yang murah, rm9 tapi macam tak comel je untuk AMN yg chomel. Hihihi......
Kenapa tiba2 saya beli potty trainer ni? Ini adalah kerana AMN kini selalu memberitahu beliau nak poo poo dan suruh membuka diaper beliau. Kalau tak dibuka dia marah2 sambil nangis2. Kalau dah dibuka diapernya mungkin beliau poo poo, mungkin tidak. So menurut pembacaan saya menerusi google maybe AMN dah bersedia untuk potty train.
Tapi mummy pulak macam malas2 kan?
Sebab priority saya sekarang adalah untuk memutuskan breastfeeding AMN kerana beliau sudah 2 tahun kan.... Cabaran yang sangat mencabar...... Ada sesiapa ada idea tak macam mana?
Nnti rajin2 saya ceritakanlah progress Potty train ni k....


Mode: sakit tekak yang berleluasa dah seminggu. Ada sesiapa tahu ubat yg berkesan tak?

Regards,
Fynadegreat
Catat Ulasan