Khamis, 15 September 2016

Memoir Geliga Gold: Saya pekerja dan pemilik Geliga Gold

Assalamualaikum semua.

Saya mendoakan para readers sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Tajuk blog kali ni kelihatan macam poyo kan? Saya memilih untuk menulis tajuk ni sebab apabila saya try search di google tentang Geliga Gold memang almost zero entree tentang Geliga Gold ni. 

Untuk pengetahuan korang Geliga Gold ni ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013 apabila saya membuat decision untuk quit dari kerja saya sebagai engineer di Intel Technology, Penang. Saya berhenti dari menjadi engineer, kerana saya telah mendapat tawaran menjadi pensyarah dari UITM di bawah program TPM. Maka kami suami isteri serabut jugak fikir nak buat apa untuk mendatangkan income sementara tunggu duit biasiswa yang dijangka masuk 6 bulan ke 12 bulan lepas start belajar.

So berbekalkan sedikit modal, kami pun mendaftarkan SSM di bawah nama Geliga Gold dan menjalankan perjualan emas secara runcit menerusi syarikat GSR. Alhamdulillah, dapat jugak sedikit rezeki untuk menampung keperluan ketika itu. Pasa tahun 2013 memang kami sepennuhnya beroperasi dari rumah kami diuruskan oleh suami dan isteri.

Geliga Gold mula mengorak langkah yang lebih luas mulai tahun 2014, di mana kami mampu untuk menyewa premis perniagaan di Penang dan juga mampu untuk mengajikan seorang pekerja. Macam mana kami mampu mengorak langkah seterusnya, akan saya ceritakan pada next entree okay.

Oh sebelum tamat kan entree kali ini, kenapa saya katakan saya pekerja Geliga Gold. Ini adalah kerana saya memang makan gaji bersama Geliga Gold dan suami saya adalah boss yang menggaji kan saya. Dekat tempat kerja mesti profisional okay!!!!

Yang benar, 

#fynadegreat
https://www.facebook.com/feysakura
https://www.facebook.com/GeligaGold/
https://www.facebook.com/groups/759462517443153/
http://www.emasland.my/v2/

Logo Geliga Gold di awal penubuhan. Saya design sendiri pakai paint tau. Ye saya tahu sangat buruk. Tapi orang putih cakap" At least start somewhere"


Selasa, 19 Julai 2016

Long Lost Post

Assalamualaikum wrt.

Lama sangat aku tak update blog. Last sekali masa mengandungkan Afra Maesara 7 bulan. Sekarang dia dah pun berusia 1 tahun. Cepatkan masa berlalu.
Sepanjang tempoh itu, banyak juga benda yang dah terjadi dalam kehidupan seharian aku. Antaranya:

  1. Dah graduate masters in science (computer) from USM. Memang ini pencapaian yang paling besar dalam hidup aku. Kerja gila, bersalin masa tempoh penyiapan thesis. Viva ketika 20 hari berpantang. Alhamdulilah lulus dengan major correction. Maka pulun buat correction pun ketika pantang.
  2. Dah bersalinkan anak nombor 2, Afra Maesara yang kini dah pun setahun usianya. Ini pun kurniaan Allah yang sangat indah,comel dan sangat manja macam kucing. (walaupun aku bukan pencinta kucing). Kenapa kucing, dia selalu datang duduk kat aku sambil bermanja ala2 kucing.
  3. Dah dapat penempatan kerja menjadi pensyarah UITM Perlis bergrade DM45. Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan aku untuk menjadi pensyarah. Selalu sangat berdoa nak jadi pensyarah ketika aku menjadi seorang jurutera.
  4. Dah dapat beli 2 buah rumah sendiri di Pulau Pinang, walaupun kedua-dua rumah nama suami. Memang startegi aku untuk beli rumah menggunakan nama suami. Kalau rajin nanti aku share kenapa.
  5. Dah mempunyai office sendiri (walaupun sewa) dan business sendiri, Alhamdulilah kami dapat mengajikan pekerja instead of aku menjadi penerima gaji.
Banyakkan achievemnt aku. Nampak macam bahagiakan. TAPI untuk perkara No 3 aku terpaksa tangguhkan atau pun menolak tawaran. Mungkin kerana aku selalu berdoa supaya mendapat peluang menjadi pensyarah tetapi aku tak berdoa supaya kekalkan aku sebagai pensyarah. Walahualam. Tapi sebenarnya sebab utama penolakan / penagguuhan No 3 adalah faktor keluarga, Tak sanggup nak berjauhan anak-anak dan suami.  Tambahan pula, Maesara ada allergy/ eczema yang sangat teruk kepada macam2 benda. Dan benda paling utama allergy kepada semua jenis susu kecuali susu ibu. Memang kena penjagaan yang sangat intensif. 
Diharap pilihan aku ni dipermudahkan oleh ALLAH segala urusannya. Dah panjang sangat  post ni rasanya. Till here

lotsoflove
#fynadegreat

Isnin, 20 April 2015

Fisher Price Save Voyage from Lazada

Finally pencarian car seat untuk adik Miqael berakhir. Dah satu penang mummy ronda akhirnya balik rumah beli through Lazada.com.
Dekat Penang ni tak banyak sangat option untuk barangan baby, in fact memang sikit sangat kalau compare to KL. In term of pprice memanglah mahal jugak.
Dalam banyak-banyak baby item kenapa teruja sangat nak beli car seat?
Dulu masa Miqael, I beli 2 car seat, 1 new born and 1 for toddler dan bukanya branded pun. End up kalau dicampur 2 price sama sahaja mcm harga yang branded. Actually bukan nya I go for brand sangat. The main reason why i choose for establish brand kali ni adalh because of the safety reason.
Ambil pengajaran dari Miqael, the car seat design mmg not certified by any safety body. Then bila letak Miqael kat dalam tu semua cakap tak sesuai lah, nanti bengkok tulang bla bla bla. End up sangat rugi kan.

So kali ni lepas dah discuss dengan husband, we search through all brand of car seat. Senarai yang masuk list adalah sperti fisher price, sparco, aldo, and britax.  And finally after taking consideration in terms of price, safety and comfortable we choose Fisher Prce Save Voyage through Lazada.

Sedikit advise untuk bakal parent untuk pemilihan car seat. Guideline ni pun digunakan oleh I jugak.
  1. Beli lah yang convertible car seat iaitu sesuai untuk kegunaan dari new born hingga 4 years or 18KG. Ini adalah untuk punjimatan wang yang berganda, memang akan rasa mahal tapi kalau dikira-kira kena beli 2 car seat the price is almost the same.
  2. Pilihlah fabric yang selesa dan mudah dibasuh. Jangan lah stylo sangat sampai nak bukak untuk recline pun susah.
  3. Make sure ade certification for safety, if possible from international punya organisation. Ala-ala macam JPJ tu lah kan endorse kereta kita.
Thats it.



So  finally nak share lah car seat yang I pilih tu which is Fisher Price safe voyage which cost me RM550 from Lazada.com and free delivery.



Okay till here.




Jumaat, 17 April 2015

2nd pregnancy update: 31 minggu

Lama sangat tak update blog kan.
I'm 31 weeks pregnant. Few more weeks to go before entering another phase.

Baby progress dalam perut mummy:

  • Age : 31 weeks
  • Gender : She
  • Weight : 1.7kg
  • EDD : 15 June 2015
Preparation nak sambut newborn semua tak buat lagi. Only 2 things yang dah complete, beli breastpump and booking mak bidan. Thats it.
Mr husband lately bz sangat, day time kerja, night time bz dengan business pulak.
Myself pun bz berjuang menyiapkan thesis yang bakal disubmit sama dengan due date.
Harap-harap semuanya berjalan lancar lah.
Miqael asyik tanya bia kita nak keluarkan adik ni mummy :) Kadang-kadang kalau fikir macam kesian pulak kat dia lepas ni tak boleh dimanja-manjakan. 4 years dia sorang-sorang je kan. I always answer takpelah lambat sikiit adik keluar, nanti adik dah keluar miqael tak boleh jadi bolster mummy dah malam-malam.

Okay till here.