Assalamualaikum wrt.
Lama sangat aku tak update blog. Last sekali masa mengandungkan Afra Maesara 7 bulan. Sekarang dia dah pun berusia 1 tahun. Cepatkan masa berlalu.
Sepanjang tempoh itu, banyak juga benda yang dah terjadi dalam kehidupan seharian aku. Antaranya:
Lama sangat aku tak update blog. Last sekali masa mengandungkan Afra Maesara 7 bulan. Sekarang dia dah pun berusia 1 tahun. Cepatkan masa berlalu.
Sepanjang tempoh itu, banyak juga benda yang dah terjadi dalam kehidupan seharian aku. Antaranya:
- Dah graduate masters in science (computer) from USM. Memang ini pencapaian yang paling besar dalam hidup aku. Kerja gila, bersalin masa tempoh penyiapan thesis. Viva ketika 20 hari berpantang. Alhamdulilah lulus dengan major correction. Maka pulun buat correction pun ketika pantang.
- Dah bersalinkan anak nombor 2, Afra Maesara yang kini dah pun setahun usianya. Ini pun kurniaan Allah yang sangat indah,comel dan sangat manja macam kucing. (walaupun aku bukan pencinta kucing). Kenapa kucing, dia selalu datang duduk kat aku sambil bermanja ala2 kucing.
- Dah dapat penempatan kerja menjadi pensyarah UITM Perlis bergrade DM45. Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan aku untuk menjadi pensyarah. Selalu sangat berdoa nak jadi pensyarah ketika aku menjadi seorang jurutera.
- Dah dapat beli 2 buah rumah sendiri di Pulau Pinang, walaupun kedua-dua rumah nama suami. Memang startegi aku untuk beli rumah menggunakan nama suami. Kalau rajin nanti aku share kenapa.
- Dah mempunyai office sendiri (walaupun sewa) dan business sendiri, Alhamdulilah kami dapat mengajikan pekerja instead of aku menjadi penerima gaji.
Banyakkan achievemnt aku. Nampak macam bahagiakan. TAPI untuk perkara No 3 aku terpaksa tangguhkan atau pun menolak tawaran. Mungkin kerana aku selalu berdoa supaya mendapat peluang menjadi pensyarah tetapi aku tak berdoa supaya kekalkan aku sebagai pensyarah. Walahualam. Tapi sebenarnya sebab utama penolakan / penagguuhan No 3 adalah faktor keluarga, Tak sanggup nak berjauhan anak-anak dan suami. Tambahan pula, Maesara ada allergy/ eczema yang sangat teruk kepada macam2 benda. Dan benda paling utama allergy kepada semua jenis susu kecuali susu ibu. Memang kena penjagaan yang sangat intensif.
Diharap pilihan aku ni dipermudahkan oleh ALLAH segala urusannya. Dah panjang sangat post ni rasanya. Till here
lotsoflove
#fynadegreat
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!