Assalamualaikum wrt.
Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru.
Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool.
Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru?
Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti.
.
Kenapa Genius Aulad?
Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja.
.
Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020. Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran.
Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320
Struktur yuran Genius Aulad |
Keburukan half day.
Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day pun turut sama bercuti. Makanya parent kena cari tempat untuk hantar anak di kala cuti sekolah kan?
Dah tau macam tu, kenapa hantar Maesara half day?
Sebabkan untuk Maesara aku ada hantar private tutor di sebelah petang. Lagi pun Genius Aulad ni dekat sangat dengan ofis aku, so setiap hari jam 12-12.30 hari aku akan ambil Maesara dan hantar balik ke rumah. Begitu lah rutin harian ibu-ibu ni.
Kebaikan Genius Aulad di mataku
1. Persikitaran pembelajaran islamic.
2. Tempat pembelajaran yang selesa.
3. Modul pembelajaran yang sesia mengikut perkembangan umur.
Picture kiriman Teacher Rina , principal Genius Aulad |
Yang Benar
@Fynadegreat
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!