Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Dermatologist in Penang: Dato Dr Lim Huat Bee

Sejak kebelakangan ini muka saya sangat teruk, dipenuhi dengan macam-macam jenis acne. Ini tidak termasuk dengan parut-parut yang sedia ada. Sampai satu tahap suami saya rate mueka saya 4/5(5-paling teruk). Tak tahu la di mana salahnya, terlalu banyak kemungkinan permakanan, hormon, tak cukup tidur dsbnya. Kalau nak cakap hal product dah bermacm2 jenis dari yang asli tanpa campuran kimia sampailah ke bahan campuran kimia di tahap maksimum. Namun jerawat tetap mebiak di serata muka. Akhirnya setelah mengunakan enjin pencarian google, terjumpa lah akan Doktor Pakar Kulit yang disarankan oleh ramai orang iaitu Dato DR Lim Huat Bee. Dengan persetujuan si suami maka saya pun pergilah ke kliniknya. Sesampianya di klinik dalam pukul 10.30AM, Grrrrr ramai sungguh orang, kalah hospital kerajaan. Sesudah daftar kami keluar minum air kelapa , kemudia jalan kaki ke old town. Setelah kembalinya ke klinik belum sampai jua giliran saya. Akhirnya 1.00PM baru nama saya dipanggil. Masuk jumpa Dr tidak l

Panas! Panas! Panas!

Panas bukan sebab berita panas tapi cuaca yang sangat panas.Mengikut perkiraan aku dah hampir 2 minggu aku mengahdapi panas yang sangat ketara di Malaysia ini. Mengapa Malaysia? Pada mulanya aku ingatkan Penang je yang panas membahang tapi bila aku pulang ke rumah mak di Ipoh keadannya sama saja. Cuma sejuk sikit atas bantuan penghawa dingin 20 celcius. Semalam dalam Buletin Utama pun turut mewarwarkan yang Malaysia berada die dalam keadaan panas 34 celcius - 36 celcius. Ya Allah patutlah panas sangat, dah mencapai suhu badan manusia. Sepanjang 25tahun aku hidup ni, maybe ini la 1st time aku merasa iklim panas yang melapau macam ni. Dalamkeadaan panas ni baru lah aku terfikir ini baru sikit ujian Allah SWT, agaknye 0.01% je kut tapi aku dah mula merungut2. Macam mana lah azab api neraka nanti. Tiba-tiba rasa takut pulak tapi bila nak insaf + taubat nasuha?

Dinner: Mushroom soup & Apple salad

Today just came back from ipoh on evening and the most important thing tomorow kene kerja... Malas yang melampau. Kenapalah CNY ni bukan 1 week public holiday. So on the night i was alone at home since my hubby is on job duty. Fikir punyalah fikir at last aku decide nak makan mushroom soup ngan apple. Terus heading off to Tesco Extra which take less than 15mins to reach. Yang paling suprisenye sebiji apple yag agak kecik, size S beharga RM1.25 sebijik. Mahalnye aku rasa. Since i don't have any option aku ambil 4 biji. RM5 okies... Tapi dah terigin punya pasal amik je la. So motif entry ni bukannya nak show off dinner meal aku malam ini. Tapi cuma nak mengexpress ketidak puasan hati terhadap harga apple yang sangat mahal. Next time baik beli dekat lorong kulit je, RM5 for 12 bijik. Serious.... So below is the picture that i'm going to sharw with you guys.

Hubby bonus + Manhatan Fish Market

7 February 2010 bersamaan dengan suami dapat bonus. Berapa point ek? Adalah sikit.... Disebabkan itu suami telah decide untuk membelanja lunch+dinner di Manhattan Fish Market. This is the 2nd time kami makan di sini setelah 4 tahun berlalu. Set meal yang kami order adalah Premium Sea Catch Whole Platter. Apa ada di dalam set ini? Hmm banyak benda dalam ni, seekor ikan siakap, banyak ekor udang, banyak ekor sotong, nasi garlic, french fries dan kepah(ini aku tak sure apa nama benda ni, tapi yang pasti rupa dia ala-ala lala tapi besar). Kenyang la makan set untuk berdua ni, rasanya kalau 3 orang pon cukup. Oh ya harga untuk makanan hari ini lagi 20sen nak sampai RM100. Secara keseluruhannya, i don't really like this set , sebabnya too dry. Takde kuah sangat melainakn sos tartar ngan sos cili. Enjoy the picture. Jangan tengok orangnya, tengok signboard je yek. Ini lah setnye.

Acne here and there

Hari ini aku telah mem MC kan diri ku ini. Biasalah cuti utk perempuan, once a month. Tapi ape relatednye title entree nie dengan MC kan? Ini adalah kerana saya sangat rungsing dengan keadaan muka saya yang penuh dengan acne di seluruh pelosok. Terasa sangat teretkan dengankeadaan ini. Sepatutnya bila meningkat tua acne dah hilang, sebab enzim-enzim kegatalan pon dah menurun, tapi terbalik pulak untuk keas aku ini, lagi tua lagi banyak acne. Sombody please help me...