Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Suami rajin masak tapi isteri ......

Sebenarnya aku nak menceritakan tentang diri sendiri. Tiada kaitan pada mana-mana pihak yang lain. Alkisahnya aku ni memang tersangatlah malas nak masak. Kalau boleh waktu masak tu memang sangat berkira tapi kalau waktu main FB takde la pulak berkira. Yang suami aku pulak rajin memasak, kalau boleh setiap meal pon nak masak kecuali breakfast. Disini bukanlah tujuan utama nak memuji suamiku. Bagi aku ini kelebihan yang ada pada suami ku. Walaupun suamiku bukanya orang yang kaya dengan harta benda tapi at least dia sangat rajin memasak dan juga mengemas rumah. (Ataupun maybe sebab tak kaya kut die rajin). Insyallah suatu hari nanti dah kaya, jangan malas masak ye baby. Kadang-kadang rasa macam sangat bersalah sebab sepatutnya tugas memasak ini synonym dengan kerja isteri. Contohnya di kala ini, aku sibuk menulis blog namun suami ku tengah memasak. Haih... Ape-ape pun terima kasih suami sebab sangat rajin memasak. Harap-harap awak dapat la menerima kekurangan isteri awak ini yang malas m

Makan kat mamak

Hari ni dah 2 meal aku makan kat mamak. Walaupun sebenarnya aku tak suka sangat tapi macam tak ade pilihan lain sebabnya aku berada di Penang yang sememangnya penuh dengan kedai2 mamak. Pagi makan breakfast di kayu nasi kandar bersama2 breakfast club iait affa n cik isaac. Menu Roti pisang and nescafe tarik. Lunch pulak kat Kapitan bersama2 rakan2 breakfast club + hasni. Menu kali ini nasi beriyani ayam + teh o ais limau. Petang pulak pergi minum kat old town white coffee. Nasib baik bukan mamak. Baru lepas hubby call ajak dinner nnt kat nasik beratur iaitu mamak jua selepas piala thomas. Aiyoyo... asik mamak je...... Baru aku perasan aku nih asik makan je.... Makan untuk hidup ke or hidup untuk makan? P/S: Wishing all the best to malaysia team for semi final.

Movie: Robin Hood

Semalam kami pergi menonton filem Robin Hood di lokasi biasa - Queensbay Mall. Minggu² pergi menonton sampai dah boring asik pergi menonton movie sahaja. Expactation aku untuk movie ini mula2 ingatkan Robin Hood nih asik pergi mencuri sana-sini. Rupanya sangkaan aku salah. Cerita ini sebenarnya menceritakan kisah hidup Robin Hood pada mula-mula dia nak menjadi perompak. Perjalanan hidup die sebagai pemanah di dalam pasukan tentera. Secara keseluruhannya cerita ini tidaklah mebosankan tetapi prefer movie ipman2 lagi yang sangat syahdu. P/S: Pada siang harinya aku telah menonton Valentines Day di rumah. Walaupon banyak pelakon hebat (pelakon kegemaranku) spt Mr Kutcher, Miss Garner dsbnya namun ceritanya layak dokatogerikan below than average.