Ahad, 16 Mei 2010

Suami rajin masak tapi isteri ......

Sebenarnya aku nak menceritakan tentang diri sendiri. Tiada kaitan pada mana-mana pihak yang lain. Alkisahnya aku ni memang tersangatlah malas nak masak. Kalau boleh waktu masak tu memang sangat berkira tapi kalau waktu main FB takde la pulak berkira. Yang suami aku pulak rajin memasak, kalau boleh setiap meal pon nak masak kecuali breakfast. Disini bukanlah tujuan utama nak memuji suamiku.
Bagi aku ini kelebihan yang ada pada suami ku. Walaupun suamiku bukanya orang yang kaya dengan harta benda tapi at least dia sangat rajin memasak dan juga mengemas rumah. (Ataupun maybe sebab tak kaya kut die rajin). Insyallah suatu hari nanti dah kaya, jangan malas masak ye baby.
Kadang-kadang rasa macam sangat bersalah sebab sepatutnya tugas memasak ini synonym dengan kerja isteri. Contohnya di kala ini, aku sibuk menulis blog namun suami ku tengah memasak. Haih...
Ape-ape pun terima kasih suami sebab sangat rajin memasak. Harap-harap awak dapat la menerima kekurangan isteri awak ini yang malas memasak sekaligus masak pun tak sedap.
Catat Ulasan