Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Maesara at Genius Aulad Bayan Baru

Assalamualaikum wrt. Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru. Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool. Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru? Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti. . Kenapa Genius Aulad? Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja. . Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020.  Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran. Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320 Struktur yuran Genius Aulad Keburukan half day. Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day pun