Assalamualaikum semua.
Saya mendoakan para readers sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Tajuk blog kali ni kelihatan macam poyo kan? Saya memilih untuk menulis tajuk ni sebab apabila saya try search di google tentang Geliga Gold memang almost zero entree tentang Geliga Gold ni.
Untuk pengetahuan korang Geliga Gold ni ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013 apabila saya membuat decision untuk quit dari kerja saya sebagai engineer di Intel Technology, Penang. Saya berhenti dari menjadi engineer, kerana saya telah mendapat tawaran menjadi pensyarah dari UITM di bawah program TPM. Maka kami suami isteri serabut jugak fikir nak buat apa untuk mendatangkan income sementara tunggu duit biasiswa yang dijangka masuk 6 bulan ke 12 bulan lepas start belajar.
So berbekalkan sedikit modal, kami pun mendaftarkan SSM di bawah nama Geliga Gold dan menjalankan perjualan emas secara runcit menerusi syarikat GSR. Alhamdulillah, dapat jugak sedikit rezeki untuk menampung keperluan ketika itu. Pasa tahun 2013 memang kami sepennuhnya beroperasi dari rumah kami diuruskan oleh suami dan isteri.
Geliga Gold mula mengorak langkah yang lebih luas mulai tahun 2014, di mana kami mampu untuk menyewa premis perniagaan di Penang dan juga mampu untuk mengajikan seorang pekerja. Macam mana kami mampu mengorak langkah seterusnya, akan saya ceritakan pada next entree okay.
Oh sebelum tamat kan entree kali ini, kenapa saya katakan saya pekerja Geliga Gold. Ini adalah kerana saya memang makan gaji bersama Geliga Gold dan suami saya adalah boss yang menggaji kan saya. Dekat tempat kerja mesti profisional okay!!!!
Yang benar,
#fynadegreat
https://www.facebook.com/feysakura
https://www.facebook.com/GeligaGold/
https://www.facebook.com/groups/759462517443153/
http://www.emasland.my/v2/
Logo Geliga Gold di awal penubuhan. Saya design sendiri pakai paint tau. Ye saya tahu sangat buruk. Tapi orang putih cakap" At least start somewhere" |
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!