Skip to main content

Cuti - Cuti Hong Kong 5 hari 4 malam : Persiapan [Post 1/6]

Setelah bertahun lamanya last post updated. Finally aku decided to actively started blogging balik. Kenapa blogging sedangkan semua orang dah move ke social media seperti Facebook dan Instagram?Sejujurnya aku pun tiada jawapan. But i just enjoy writting. Mungkin buat tatapan anak-anak bila mereka dewasa. Blog ni memang dah start-up masa aku muda remaja anak dara lagi tau.
.
Untuk permulaan aku nak update tentang percutian kami sekeluarga ke Hong Kong pada 26 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019. 5 hari 4 malam semuanya. Sebab mood berblogging tengah rajin so aku akan pecahkan kepada beberapa entree khususnya mengikut hari. 
.
Fisrt of all idea cuti kat Hong Kong ni datang 2 minggu sebelum tarikh berangkat. Tahun 2019 merupakan ulangtahun perkahwinan aku yang ke 10 tahun. Sebagai simboliknya kononnya nak ke Seoul ala-ala Winter Sonata ataupun Paris disebabkan terpengaruh cerita Eiffel I'm in Love. Maka kami pun mula lah menabung sejumlah wang RM24k tau. Macam mana menabung maybe aku buat next entree kalau ada permintaan. (Korang rajin-rajin lah drop komen cakap nak tau)
.
Setelah survey2 Seoul buat sekian lama tiba-tiba Malaysia Airlines buat promotion potongan 20% sempena cuti sekolah. Okay jiwa mak-mak sangat tiba-tiba terfikir kalau bawak Miqael dan Maesara ke Disneyland Hong Kong best jugak ni.
.
Check ticket dalam RM5200 untuk 4 orang. Memang kami tak pernah lagi naik Malaysia Airlines. So terus jari jemari fina ni klik-klik buat payment. Sangat ad-hoc plan okay. Okay the journey to the west begin. Lepas dah beli tiket, baru lah aku mula nak buat itinerary tu. Kat mana nak tidur, kat mana nak makan, kat mana nak melawat). Trip HK ni 100% semua aku buat sendiri tau, Tapi semua dengan bantuan Google, Airbnb, Klook, dan website hotel. So masa ni baru aku sedar, mak oi mahalnya belanja di Hong Kong. 😕😕
.
So macam mana aku melancong tapi plan itineraray sendiri? Guideline ni harap dapat membantu lah untuk newbie yang baru belajar nak travel luar negara.
.
1. First of all rajin-rajin membaca atau mengoogle. Masuk google type " Place of Interest in Hong Kong". 

2. Pecahkan aktiviti ikut hari-hari. Pastikan plan tu mengikut jarak kedekatan setiap tempat. Gunakan Google Map, ia sangat membantu. So macam kali ni aku dah pecahkan:
Day 1: Arrival - Area Kowloon
Day 2 : Central Area
Day 3 : Disney Land
Day 4 : Lantou Island
Day 5 : Balik

3. Bila dah pecahkan. Dalam setiap hari susun la aktiviti, trasnportation dan tempat makan. Selain dari tu pilih tempat tinggal yang berdekatan. Macam aku 3 kali tukar hotel. Tukar hotel kerap ni ada baik dan buruknya jugak. Tapi untuk Hong Kong ni aku memilih beli hotel menerusi 3 channel, iaitu Airbnb, website disneyland dan website hotel Regal Lodge.

Cara aku susun itenerary ke Hong Kong tu. Transportation tu tak isi sebab malas dan tak sempat. Tapi transportation kat Hong Kong Senang je.

4. Untuk Transportation di Hong Kong. Kebanyakkannya aku guna MTR, UBER dan jalan kaki sahaja. So penting untuk ada maps install di handphone.

5. Dah finalize semua tempat tu boleh beli tiket-tiket di Klook. Klook ni sebuah website atau app yang memang menjual tiket-tiket pelancongan. Untuk Hong Kong ni hampir 90% aku guna Klook je semua.
Tiket-tiket yang dibeli dari Klook
6. Total budget yang dikeluarkan. Haa yang ni mesti korang minat nak tau kan, sebab ada few people yang tanya aku. So aku kongsikan total di sini ya. Semua perbelanjaan ni untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bahagian cash tu memang ada balance tau. Dalam RM1500 balance cash tu. Tak banyak pakai cash kat sana sebab semua dah prepare by KLOOK.


Flight Ticket RM5302
Hotel Disney land HKD1991 RM1035
Ticket Disneyland RM1222
Airbnb 26/27 march RM1262
Airport transfer RM140
Hotel regal airport hotel 29/3 RM731.05
The Peak +skypass RM140
Ngongping360 Lantau RM266
Octopus Card RM192
Cash RM4000

Okay sampai sini entree kali ni. Next entree nak tulis pasal Day 1 in Hong Kong pulak. Kalau dah baca jangan lupa drop komen okay!!!

Regards
#fynadegreat


Comments

Popular posts from this blog

Maesara at Genius Aulad Bayan Baru

Assalamualaikum wrt. Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru. Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool. Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru? Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti. . Kenapa Genius Aulad? Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja. . Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020.  Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran. Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320 Struktur yuran Genius Aulad Keburukan half day. Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day ...

Cermin keretaku pecah di Penang

28 March 2010. Genap setahun usia perkahwinan kami. Happy aniversary to us. :) We have our breakfast + lunch at Hamediyah Relau, nasi beriyani udang, paling sedap di Penang. Almaklum sajalah bangun pon agak lewat, lagi sejam nak pukul 12 tengah hari. Setelah selesai makan, suami berhasrat untuk mencuci keretanya di car wash bersebelahan dengan Hamediyah restaurant itu. 1st phase : Kereta melalui pam air automatik untuk memberishkan kotoran degil di kereta 2nd phase : Kereta dipancut oleh pam sabun buih secara manual 3rd phase : Kereta dicuci secara manual 4th phase : Kereta akan dilalu mesin pecucian & seterusnya mesin pengering autoomatik Dekat phase ni tiba2 teserlah satu garisan yang agak panjang melintasi cermin. Kami terpinga kotoran degil apkah ini. Sambil2 melalui mesin automatik itu kami menghayati keretakan cermin depan kereta suamiku.Macam auto show la pulak ek. Padahal hati nak menjerit tapi siapa yang nak disalahkan. Maka kami redha je la dengan cubaan yang diberi.Marah...

Dermatologist in Penang: Dato Dr Lim Huat Bee

Sejak kebelakangan ini muka saya sangat teruk, dipenuhi dengan macam-macam jenis acne. Ini tidak termasuk dengan parut-parut yang sedia ada. Sampai satu tahap suami saya rate mueka saya 4/5(5-paling teruk). Tak tahu la di mana salahnya, terlalu banyak kemungkinan permakanan, hormon, tak cukup tidur dsbnya. Kalau nak cakap hal product dah bermacm2 jenis dari yang asli tanpa campuran kimia sampailah ke bahan campuran kimia di tahap maksimum. Namun jerawat tetap mebiak di serata muka. Akhirnya setelah mengunakan enjin pencarian google, terjumpa lah akan Doktor Pakar Kulit yang disarankan oleh ramai orang iaitu Dato DR Lim Huat Bee. Dengan persetujuan si suami maka saya pun pergilah ke kliniknya. Sesampianya di klinik dalam pukul 10.30AM, Grrrrr ramai sungguh orang, kalah hospital kerajaan. Sesudah daftar kami keluar minum air kelapa , kemudia jalan kaki ke old town. Setelah kembalinya ke klinik belum sampai jua giliran saya. Akhirnya 1.00PM baru nama saya dipanggil. Masuk jumpa Dr tidak l...