http://www.malaysiakini.com/news/136950
Merujuk pada entree dari Malaysiakini, PDRM aka Kerajaan Malaysia telah meletakkan saman ekor sebagai satu saman wajib yang dibayar oleh para pengguna jalan raya. Tetapi beberapa persoalan yang wujud dari hal ini:
- Berapa jitu ketepatan meter pengukur dari segi had laju dan waktu diambil? Saya percaya mesin ini adalah buatan manusia maka tidak dinafikan ralat yang bakal berlaku dan berapa peratus ketepatan alat itu?
- Wajarkah pengguna terus dihukum tanpa persetujuan pemandu? Kebarangkalian untuk pemalsuan nombor plat juga adalah besar. Sewajarnya saman ekor ini perlu dihantar sendiri ke rumah untuk memaklumkan tentang saman tersebut. Bukanlah dengan cara meberitahu pada hari cukai jalan gagal diperbaharui.
Mengapa saya berpendapat sebegini, kerana tentulah dari pengalaman sendiri. Rileks.my memaparkan saman saya pada pukul 6 pagi sekitar Kuala Kedah. Semangnya 100% tidak benar data ini. Adakah wajar pemandu perlu mebayar saman palsu sebegini?
Pernyataan ini amat jelas kesemua kesalahan diletakkan di bahu pemandu 100%. bagaimana dengan meter pengukur, pemalsuan plat, kronisme dsbnya."Yang salah tetap salah, takkan nak beri notis pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya, hari ini. by our PM DS Najib Razak from Malaysiakini
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!