Skip to main content

Posts

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) memudahkan siapa?

Salam 1 Malaysia semua Entree kali ini hanyalah pandangan saya tentang perkhidmatan 1 Malaysia yang dibangun kan khas untuk pelajar - pelajar yang kononya boleh meringankan bebanan pelajar. Tapi selepas pemerhatian hari pada hari ini, ianya ternyata meleset. Mengapa? Ada seorang pelajar A (nama tidak boleh diberitahu kerana khuatir diambil tindakan tatatertib terhadap pelajar) berjumpa saya sambil hendak menjual Buachernya dengan harga yang murah dari nilai asalnya. RM200 untuk Baucher bernilai RM250. Bila ditanya mengapa dia buat seperti itu? Tujuannya adalah untuk membeli buku juga. Aik pelik kan? Bila ditanya lebih lanjut katanya dia perlu membeli buku dari pensyarahnya yang jumlahnya berharga RM200 juga namun pensyarah tidak menerima Baucher tersebut. Only Cash and delivery. Maka kerana terdesak untuk membayar buku yang sebagai keperluan itu, dia mengambil keputusan untuk mencari pembeli baucher. Malah katanya sekiranya dijual di kedai buku, mereka hanya memberi RM180 untuk b...

Monologue seorang isteri di malam minggu

Di waktu lapang pada malam minggu isteri berbual bersama suami: Isteri :   Nanti kalau suami free kita pergi klinik sama-sama ya, Isteri nak check something. Suami :   Kita pergi di hari minggu lah Isteri :  Tak nak weekend nanti kena beratur panjang Suami:  Kalau macam tu mmg tiada pilihan, suami sibuk minggu ni,minggu depan. Tambahan pula, cuti tahunan tinggal 2 hari sahaja. Lebih baik simpan untuk prtkara yang penting Isteri: Terdiam ."Terkedu, kesihatan isteri rupanya tidak penting sangat. nak dibandingkan dengan benda lain". No komen. Walhal isteri tu hanya berharap kalau suami tu mengambil berat terhadapdirinya. Cukuplah sekadar ayat yg sedap di dengar. SEDIH So moral of the story, pandai pandai lah para isteri berdikari sendiri. Jangan nak berharap dekat suami sangat walaupun isteri rasa sangat memerlukan suami ketika itu.  Tapi orang selalu mengatakan "Layan Suami macam Raja"  So persoalanya, yang melayan raja itu siap...

Planet Blue: Motivational talk by Prof Dr George Lee Eng Geap

Beyond possiblities, Y Not Me? Tagline untuk program motivasi dekat tenpat kerja saya, rasa macam dah budak-budak sekolah kan ada program motivasi. Pelik tetapi benar, kita orang dewasa ni memang selalu kena motivasikan diri sendiri kalau tak macam mana nak meneruskan kehidupan kiat secara proaktif kan. Jadilah macam saya selalu, lemau je nak datang kerja. Total ada 5 panel speaker, Prof Dr George Lee, Manager Planet Blue, DJ radio Cina - Chui Ling, dan Stuart Lim. Tapi dalam semua speaker ini sayang paling suka PDGLEH - Prof. Dr George Lee Eng Hiap. Beliau adalah seorang Doktor Pakar Urinology di Glenegles, Kuala Lumpur dan jua seorang pensyarah di Monash University KL. Profile dia sahaja dah cukup mengagumkan pada saya. Sepanjang 20 tahun merantau d negara luar, dia juga menerima pendidikan dan bekerja di beberapa unievrsity yang agak ternama seperti Oxford, Cambridge, Havard dan Imperial College. Mengagumkan!!! Apa yang menarik sangat ceramah beli...

Food: nasi lemak pak raja, bukit gedong penang

Hello semua Malam ini saya nak ceritakan lagi satu tempat makan yang mesti anda cuba sekiranya anda berada di Penang. Nama : Pak Raja Nasi Lemak Station Lokasi : kompleks makanan bukit gedong, penang Waktu beroperasi : 4pm till 10 pm. ( tapi selalunya pukul 8 pm dah licin) Hari beroperasi : hari- hari kecuali isnin Menu utama : nasi lemak berlauk Harga : Rm3 till Rm7 Hari ni selepas Solat maghrib, terus kami sekeluarga keluar demi mengejar nasi lemak pak raja. Tapi bila sampai pukul 8pm dah pun habis, cuma cukup untuk 1 hidangan sahaja. Maka suami saya tak dapat la makan nasik lemak ni. Bagi peluang dekat isteri tercinta. Memang selalu gerai ni confirm kene beratur panjang. So till here than. Layankan lah picture nasik lemak yang lazat ini. Regards Fynadegreat

Food : Mikki Western Food at Pantai Jerejak Penang

Salam semua Entree pagi ni saya nak cerita tentang salah satu tempat makan di kawasan rumah saya. Ianya bercirikan western. Contoh menunya Steak, Chicken Chop, Spagheti dan lain-lain. Nama Kedai : Mikki Western Food Waktu beroperasi : 6PM - 10PM Hari beroperasi : Hari-hari kecuali Rabu Anggaran Harga 1 menu - RM10 ~ RM30 Istimewa: Ada Redeem Card, Setiap kali pergi dapat 1 cop, Kumpul 10 kali dapat makan free. Semalam kami sekeluarga makan Black Pepper Steak. Kesedapannya di paras normal. Bukan lah Wow sangat. Total price RM48 untuk 2 set steak, 2 air, 1 french fries utk AMN ku sayang. Note: Makan dinner awal sangat, malam  sebelum tidur supper maggi asam laksa. Sungguh tak sihat. OK till here then Regards, Fynadegreat

Sharing : Tenaga Pengajar Muda UITM

Hi semua Entree kali ini saya nak menulis tentang Program Tenaga Pengajar Muda UITM. Kalau sesiapa yang mencari info tentang TPM boleh lah baca. Apa itu TPM? TPM ni adalah satu program yang menaja anda semua untuk belajar ke peringkat masters/ PHD dan kemudinaya apabila tamat pengajian anda diwajibkan untuk menjadi pensyarah di UITM. Yang menariknya program ini semasa anda belajar anda ditaja 100% yuran pengajian dan juga anda mendapat elaun bulanan yang dikira agak lumayan jugak lah RMXXXX untuk seorang student. Kalau sesiapa nak tahu boleh la PM saya ya, we talk offline :). Best kan dah lah pergi belajar lepas itu dapat gaji penuh  macam pegawai kerajaan yang lain lagi. Dan paling bagus tak termasuk dalam cukai kerana ianya elaun :) Tapi seperti biasalah disebalik semua kebaikan adalah terselit beberapa keburukan seperti anda diwajibkan menghabiskan pengajian dalam tempoh 2 tahun untuk masters, dan perlulah mendapat pointer 3.0++ sekiranya di dalam mode pengajian coursework. D...

Parenting : Potty train in progress - AMN 2 yrs

Hi semua Malam ni nak cerita bahawasanya saya telah membeli potty trainer untuk AMN tadi. Saya beli brand yang biasa sahaja, sweet cherry, rm21.90 di queensbay mall tadi. Kalau ikutkan ada lagi yang murah, rm9 tapi macam tak comel je untuk AMN yg chomel. Hihihi...... Kenapa tiba2 saya beli potty trainer ni? Ini adalah kerana AMN kini selalu memberitahu beliau nak poo poo dan suruh membuka diaper beliau. Kalau tak dibuka dia marah2 sambil nangis2. Kalau dah dibuka diapernya mungkin beliau poo poo, mungkin tidak. So menurut pembacaan saya menerusi google maybe AMN dah bersedia untuk potty train. Tapi mummy pulak macam malas2 kan? Sebab priority saya sekarang adalah untuk memutuskan breastfeeding AMN kerana beliau sudah 2 tahun kan.... Cabaran yang sangat mencabar...... Ada sesiapa ada idea tak macam mana? Nnti rajin2 saya ceritakanlah progress Potty train ni k.... Mode: sakit tekak yang berleluasa dah seminggu. Ada sesiapa tahu ubat yg berkesan tak? Regards, Fynadegreat