Skip to main content

Tanggungjawab dan zakat/sedekah

Hari ini keinginan untuk menulis datang. Sepatutnya saya perlu menyiapkan chapter 1 and chapter 2 thesis saya. Tapi saya memilih untuk menyimpang seketika.
Kenapa tajuk kat atas tu macam tajuk ceramah agama? :)
Tapi bukannya saya nak tulis pasal agama, lagipun saya bukanlah yang pakar untuk membahaskan tentang hukum agama.

Sebenarnya dah lama saya tahu yang rezeki yang kita dapat ini bukan 100% milik kita. Sewajarnya dikongsi dengan keluarga dan golongan yang diperlukan. Tapi berapa nisbahnya saya tak pasti, cukuplah sekadar yang dirasa mampu.

Namun saya akui saya tidak berapa mengamalkannya, kerana saya tamak terkadap diri sendiri, gaji yang diterima dirasakn tidak pernah cukup. Macam mana pulak nak cukup dapat gaji beli baju cantik, beli kasut anak, beli tudung aidijuma. dan macam2 sampai habis lah gaji saya.

TANGGUNGJAWAB
Tapi sejak akhir-akhir ini (mungkin sebab meningkat tua) saya mula berfikir tentang tangungjawab.
Berbaloi ke saya melaram tudung, baju yang hanya berharga rm200 namun adik saya yang masih belajar makan berikat perut, sekali sehari?
Berbaloi ke saya melaram handbag yang branded, tapi ibu yang menanggung saya 20 tahun dibiarkan di rumah keseorangan?
Dan macam-macam lagi. Maka timbul rasa tanggungjawab terhdap mereka semua.

ZAKAT VS SEDEKAH
Kenapa saya letakkan VS?
Kerana saya sendiri confuse apa erti zakat, dan apa erti sedekah.
Sedangkan 2-2 adalah wajib ditunaikan bagi orang Islam yang berkemampuan.
Bila saya memberi wang saku kepada adik saya.
Adik saya akan bertanya: Apa ni kak? Maka lantas saya menjawab angaplah zakat,
Tapi bila bulan yang lain dia tanya saya menjawab anggaplah sedekah.
CONFUSEKAN bagi manusia yang cetek ilmu agama macam saya.

Adik perempuan saya bakal bernikah dalam masa sebulan. Setelah dibincangkan bersama suami, kami setuju mengeluarkan sejumlah wang untuk kenduri doa selamaat dan tahlil di rumah ibu saya.  Lagi sekali nawaitu kami anggaplah sedekah atau zakat.
Namun sebenarnya wang itu kami simpan untuk pergi bercuti-cuti tapi atas rasa tanggungjawab kami uatamakan taggungjawab dahulu.

Tujuan saya menulis ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau riak, tapi cma sekadar ingin berkongsi nukilan seorang insan baru menyedari dia mempunyai TANGGUNGJAWAB untuk mengeluarkan ZAKAT VS SEDEKAH


Sekian
@fynadegreat


Comments

Popular posts from this blog

Maesara at Genius Aulad Bayan Baru

Assalamualaikum wrt. Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru. Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool. Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru? Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti. . Kenapa Genius Aulad? Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja. . Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020.  Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran. Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320 Struktur yuran Genius Aulad Keburukan half day. Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day ...

Cermin keretaku pecah di Penang

28 March 2010. Genap setahun usia perkahwinan kami. Happy aniversary to us. :) We have our breakfast + lunch at Hamediyah Relau, nasi beriyani udang, paling sedap di Penang. Almaklum sajalah bangun pon agak lewat, lagi sejam nak pukul 12 tengah hari. Setelah selesai makan, suami berhasrat untuk mencuci keretanya di car wash bersebelahan dengan Hamediyah restaurant itu. 1st phase : Kereta melalui pam air automatik untuk memberishkan kotoran degil di kereta 2nd phase : Kereta dipancut oleh pam sabun buih secara manual 3rd phase : Kereta dicuci secara manual 4th phase : Kereta akan dilalu mesin pecucian & seterusnya mesin pengering autoomatik Dekat phase ni tiba2 teserlah satu garisan yang agak panjang melintasi cermin. Kami terpinga kotoran degil apkah ini. Sambil2 melalui mesin automatik itu kami menghayati keretakan cermin depan kereta suamiku.Macam auto show la pulak ek. Padahal hati nak menjerit tapi siapa yang nak disalahkan. Maka kami redha je la dengan cubaan yang diberi.Marah...

Dermatologist in Penang: Dato Dr Lim Huat Bee

Sejak kebelakangan ini muka saya sangat teruk, dipenuhi dengan macam-macam jenis acne. Ini tidak termasuk dengan parut-parut yang sedia ada. Sampai satu tahap suami saya rate mueka saya 4/5(5-paling teruk). Tak tahu la di mana salahnya, terlalu banyak kemungkinan permakanan, hormon, tak cukup tidur dsbnya. Kalau nak cakap hal product dah bermacm2 jenis dari yang asli tanpa campuran kimia sampailah ke bahan campuran kimia di tahap maksimum. Namun jerawat tetap mebiak di serata muka. Akhirnya setelah mengunakan enjin pencarian google, terjumpa lah akan Doktor Pakar Kulit yang disarankan oleh ramai orang iaitu Dato DR Lim Huat Bee. Dengan persetujuan si suami maka saya pun pergilah ke kliniknya. Sesampianya di klinik dalam pukul 10.30AM, Grrrrr ramai sungguh orang, kalah hospital kerajaan. Sesudah daftar kami keluar minum air kelapa , kemudia jalan kaki ke old town. Setelah kembalinya ke klinik belum sampai jua giliran saya. Akhirnya 1.00PM baru nama saya dipanggil. Masuk jumpa Dr tidak l...