Hari ni entree susudah subuh, tiba-tiba rasa nak menulis sebelum sediakan breakfast. Saya nak cerita pen galman hidup sendiri, boleh jua dijadikan contoh untuk yang sedang jatuh terutama untuk SPM failure. Zaman saya dahulu bermula dari UPSR, PMR dan SPM. Untuk UPSR saya dikira agak cemerlang - 4A, dan kemudian PMR pula agak baik 5A3B, manakala SPM saya sangat teruk dan tak perlu saya tuliskan disini.
SIJIL
Keputusan saya hanya layak menempatkan saya di peringkat sijill politeknik. Dalam masa 2 tahun saya habiskan pengajian saya dalam bidang Sijil Kejuruteraan Elektrik Elektronik dengan pointer yang agak tinggi. 3.8 kalau tak salah. Namun persepi masyarakat bukanya lihat sangat maklum lah saya ini hanya lepasan sijil, banyak jugak la yang memandang serong dekat saya (perasaan saya) terutama jiran-jiran malah sedara mara sendiriMaklumlah mereka semua sambung ke matriks dan terus ke ijaza sarjana muda. Namun banyak yang saya belajar di kala pengajian saya, semasa cuti semester saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan berpendapata RM390 (tahun 2003) campur semua overtime boleh la dapat RM500. Di kala tamat pengajian saya ditawarkan kerja sebagai technician yang berpendapatan RM1000 pula. Di sini saya dah ternampak jurang gaji yang agak besar antara lepasan SPM dan juga SIJIL.
Tapi kelebihan saya di sini di usia yang muda 20 tahun, saya dah tahu banyak ilmu kehidupan kalau nak dibandingkan dengan rakan yang masih menuntut di matriks atau diploma.
DIPLOMA
Rezeki saya murah, 6 bulan kemudian saya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KOMPUTER di Politeknik Ungku Omar. Saya belajar selama setahum. Di dalam tem[oh pengajian saya, saya masih bekerja part time ti TGV cinema untuk menampung kos kehidupan, Sejam = RMM3.20, bulanan boleh la dapat RM300 tak silap. Masih saya ingat saya beli seluar LEVIS pertama mengunakan duit sendiri mengunakan gaji ini. Kerjanya agak penat tapi saya berjaya menyesuaikan diri saya dengan keadaan dan akhirnya membuatkan saya rasa enjoy. Saya grad dengan pointer agak okay, 3.55 kalau tak salah. Belum pun menduduki final saya dah ditawarkan kerja sebagai Validation Technician di sebuah MNC yang agak famous. Gaji permulaan RM1500. Seminggu selepas habis final terus saya masuk kerja, sementara ramai rakan saya yang masih berehat-rehat di rumah. Di usia 21 tahun saya dah keluar dari rumah saya untuk mencari rezeki saya sendiri.Namun ada saudara mara yang mungkin iri hati mengatakan alah budak ni lepasan politeknik itu yang senang dapat jadi technician kat syarikat MNC tu.
IJAZAH SARJANA MUDA
Selepas 6 bulan saya menghabiskan diploma, saya diterima untuk membuat degree baik full time mahupun part time. Masa tu agak buntu yang mana satu pilihan kalbu? Tapi sekali lagi rezeki saya agak murah majikan saya bersetuju menaja pelajaran saya secara part time sebanyak RM30000. Maka bermula lah pengajian saya pada June 2006 dalam bidang SAINS KOMPUTER. 4 tahun saya mengembeling tenaga untuk habiskan dergree saya. Bukanya senang kena kerja, dan weekend kelas selama 8 jam selama 2 hari. Tiada weekend bagi saya. Sepanjang 4 tahun ini jugak lah saya mendirikan rumah tangga dan juga diperolehi cahaya mata Miqael. :) Banyak pengalaman hidup yangs aya belajar dari sini. Namun ada suara-suara kecil mengatakan degree part time sahaja, bukan susah sangat.
MASTERS (terkini)
Selepas bergelar graduan, rezeki saya sekali lagi murah terus dinaikkan pangkat menjadi JURUTERA tanpa perlu menunggu skrol IJAZAH. Bekerja selama 3 tahun sebagai JURUTERA, kemudia saya ditawarkan biasiswa menyambung MASTERS sebagai pensyarah di salah sebuah universiti. Maka setelah difikir panjang saya terus menerima tawaran tersebut dan kini saya masih di semester kedua dalam pengajian masters science (computer). Mungkin ada jua suara kecil mengatakan lebih baik belajar masters di oversea, setakat universiti tempatan apa lah sangat.... :)
Point penting saya disini, semua orang akan ditimpa ujian hidup, cuma jalan penyelesaian itu yang berbeza dimana disinilah perlu orang lain menilai kita. Kalau dari dulu saya asyik dengar hinaan demi hinaan, say yakin saya pasti tak bergerak ke tangga yang seterusnya. Masih duduk di takuk yang lama. Bukannya saya nak cakap yang saya hebat sangat, cuma saya nak tunjukkan bagaimana saya lalui fasa-fasa kehidupan sebagai seorang yang pernah GAGAL dan saya cuba bangun untuk menuju KEJAYAAN.
So kepada adik-adik yang pernah gagal dalam SPM, janglanlah korang ingat korang ni loser saangat. There is still more challenges upfront.
Saya berani cakap, orang yang top scorer pada SPM dahulu, lepasan MRSM, SBP n etc, maybe di saat ini dia bukan siapa-siapa ataupun mungkin dia juga seorang bakal pensyarah seperti saya..
Panjang sungguh karangan hari ini, sebenarnya stress nak maasuk test sekejap lagi!!!!! hahahahah....

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!