Ahad, 20 Jun 2010

20062010: Dadih strawberry

Hari ni masih weekend. Terlintas di hati nak membuat agar-agar. Tiba-tiba suami saya berkata " Buatlah Dadih".
Lalu saya mem"google" resipinya. Owh sangat senang caranya.
Bahan-bahanya adalah seperti:
1 paket agar²
1 liter susu Dutch Lady berperisa strawberry
3 senduk gula
1 liter air masak.

Cara-caranya adalah:
Masuk kesemua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mengelegak. Kemudian cedok masakan tadi ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan. Sejukkan dadih tadi di dalam peti ais. Dan akhirnya makan lah bersama-sama org yg tersayang.



Catat Ulasan