Skip to main content

Dermatologist in Penang: Dato Dr Lim Huat Bee

Sejak kebelakangan ini muka saya sangat teruk, dipenuhi dengan macam-macam jenis acne. Ini tidak termasuk dengan parut-parut yang sedia ada. Sampai satu tahap suami saya rate mueka saya 4/5(5-paling teruk). Tak tahu la di mana salahnya, terlalu banyak kemungkinan permakanan, hormon, tak cukup tidur dsbnya. Kalau nak cakap hal product dah bermacm2 jenis dari yang asli tanpa campuran kimia sampailah ke bahan campuran kimia di tahap maksimum. Namun jerawat tetap mebiak di serata muka.

Akhirnya setelah mengunakan enjin pencarian google, terjumpa lah akan Doktor Pakar Kulit yang disarankan oleh ramai orang iaitu Dato DR Lim Huat Bee. Dengan persetujuan si suami maka saya pun pergilah ke kliniknya.
Sesampianya di klinik dalam pukul 10.30AM, Grrrrr ramai sungguh orang, kalah hospital kerajaan. Sesudah daftar kami keluar minum air kelapa , kemudia jalan kaki ke old town. Setelah kembalinya ke klinik belum sampai jua giliran saya. Akhirnya 1.00PM baru nama saya dipanggil.
Masuk jumpa Dr tidak lebih dari 10minit dah keluar.Kemudian jururawat memberi produk-produknya termasuk ubat sekali. Jumlah harga untuk rawatan kali ini RM145. Phewww nasiblah tak mahal sangat. Kenapa saya cakap tak mahal? Sebabnya orang yang beratur sebelum saya kesemuanya membayar lebih dari RM300 sehingga RM1000. Apalah sangat RM145 ini kalau nak dibandingkan beli produk-produk yang tak diktiraf yang mana harganya lagi mahal 2 kali ganda.

Tapi yang tak menariknya bekalan ubat ini hanya tahan untuk 1 bulan sahaja. Dr Lim menyuruh saya berjumpanya setelah habis sebulan dan unat ini harus diamalkan selama setahun. Lamanya.... tapi hajat di hati kalau dah OK tak perlu lah jumpa kan......
So far dah 2 hari pakai, memang tak nampak sebarang perubahan pon lagi, seperti yang Dr tuh cakap 1 year. So takkan la 2 hari boleh hilang. Paling minimun 2 bulan kot. Pengharapan saya adalah kulit saya kembali normal tanpa sebarang jerawat. Kepada sesiapa yang teringin nak melawat Dr Lim nie berikut adalah alamatnya:

Dato' Dr Lim Huat Bee
Lim Skin Specialist Clinic
14A, Lorong Abu Siti
10400 Pulau Pinang
Tel: 04-2263-767
Fax: 04-2283-366

Comments

  1. Assalamulaikum! Saya dah merancang hendak ke Klinik Dr Lim. Cuma tak berapa berkenan kalau ada follow-up. Saya tinggal di Sabah.

    Mcm mana dengan keadaan sekarang? Dah berkurangan ke acne saudari?

    ReplyDelete
  2. Memang di syorkan pergi klinik Dr,Lim. Boleh dikatakan berkesa tapi amek masa sket. Even kalau dah hilang semua jerawat, tapi bila jerawat baru naik, mmg akan bergantung dekat ubat. Tapi lepas agak2 muka dah ok tu, xpayah amek ubat makan, juat amek cream and sabun pun dh cukup. So, lepas ni just ckp nak ubat ape, so xpyah nk jmpa doctor. tak pun mmg kena call dulu.. Serius ramai org.i

    ReplyDelete
  3. Last week pergi klinik ni..mmg ramai org, macam masuk club malam minggu! nasib baik buat appointment, tu pon kena tunggu dekat 1 jam jugak..hari ni dah 5 hari saya ambil ubat dari dr tu..tgk muka dah beransur baik...kena charge RM365...tak pa lah..janji muka baik..

    ReplyDelete
  4. muka saya parah sekali sampe tidak ada tempat lagi.uda full jerawatnya..tapi semenjak saya mencari dr lim huat bee selama 6 bulan jerawat saya hilang sama sekali.sekarang saya hanya cukup pake obatnya tipis2 dan sabunnya.saya sgt menganjurkan pergi ke klinik ni.the best!

    ReplyDelete
  5. hmm, sy ni lelaki...nk tnya sikit...muka sy dlu byk jerawat...skrg da ok da sikit...but then tinggal sarang semut(bekas), so sepanjang pengalaman anda memakai ubat tuh...ada tak yg hilangkan kesan cela jerawat??..

    ReplyDelete
  6. syukur..bagi siapa yg sembuh sakit kulit mcm ank sy yg berumur 7 tahun akibat pemakanan. Kalu tak lega masakan ramai pesakit yg follow up kat klinik tu...yg menarik laser pon digunakan oleh klinik utk buang tatu, jeragat dan lain...anythings email me ya hafiy2004@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. mau tanya si sabah, kota kinabalu ada klinik Dr Lim?

    ReplyDelete
  8. saya ingin bertanya,jika tanda lahir pada kulit adakah boleh dihilangkan?

    ReplyDelete
  9. maaf,saya nak tumpang tanya diruangan nih.b4 nih saya ambil ubat untuk jerawat di klinik pakar kulit yang lain,memg berkesan tp sekarang klinik tersebut dah tukar jenis ubat yang lain tetapi kandungan yang sama dan kebetulan saya memang tidak sesuai dengan ubat yang baru tu.so,bley ke lau saya nk pegi klinik Dr Lim nih tapi juz nak mntk dari doktor tu jenis ubat yang saya pernah ambil sebelum ini jer....

    ReplyDelete
  10. Sy patient dr lim..sy sblum pegi mmg jerawat tiap2 hari naik..mcm2 produk jgk try..last2 jmpe dr lim dkt penang..mmg berkesan gile!. Sy mmg x penah terlupa mkn ubat dr lim every day mse mule2..sy pegi mse umor 20..skrng dh 21..dh byk kali skip ubat..x naik dh jerawat..just sy pakai sabun n day cream n nite cream dari dr lim..mmg berkesan..x terbanding dgn produk lain..muka sy licin sgt..x de satu pn jerawat berani naik..:) just kene sabar skit je mase nk jumpe dr lim..sabar skit je utk hilangkan jerawat for ever..kira ok ape kn..sy skrng jarang jmpe dr lim da..slalu call mntk amik ubat je..laju je..x yah tggu..kdg2 je jumpe..

    ReplyDelete
  11. salam,saya penguna dr lim dh 3 bulan kesan nya amat lah menabjubkan,dan sekarang saya berkerja dengan beliau sebrang pertanyaan dan penghantaran boleh lah cal atau msg saya d num 0174979597 blh pngil saya abg jiji. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas komen korang!!!

Popular posts from this blog

Cermin keretaku pecah di Penang

28 March 2010. Genap setahun usia perkahwinan kami. Happy aniversary to us. :) We have our breakfast + lunch at Hamediyah Relau, nasi beriyani udang, paling sedap di Penang. Almaklum sajalah bangun pon agak lewat, lagi sejam nak pukul 12 tengah hari. Setelah selesai makan, suami berhasrat untuk mencuci keretanya di car wash bersebelahan dengan Hamediyah restaurant itu. 1st phase : Kereta melalui pam air automatik untuk memberishkan kotoran degil di kereta 2nd phase : Kereta dipancut oleh pam sabun buih secara manual 3rd phase : Kereta dicuci secara manual 4th phase : Kereta akan dilalu mesin pecucian & seterusnya mesin pengering autoomatik Dekat phase ni tiba2 teserlah satu garisan yang agak panjang melintasi cermin. Kami terpinga kotoran degil apkah ini. Sambil2 melalui mesin automatik itu kami menghayati keretakan cermin depan kereta suamiku.Macam auto show la pulak ek. Padahal hati nak menjerit tapi siapa yang nak disalahkan. Maka kami redha je la dengan cubaan yang diberi.Marah

Maesara at Genius Aulad Bayan Baru

Assalamualaikum wrt. Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru. Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool. Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru? Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti. . Kenapa Genius Aulad? Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja. . Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020.  Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran. Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320 Struktur yuran Genius Aulad Keburukan half day. Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day pun