Today i learnt to cook nasi ayam, recipe from my Mother In Law. Keberhasilannya 90% menjadi. 10% lagi sebab bahan perapan ayam itu tidak mencukupi. So saya nak share recipe ini kepada anda disamping menjadi tatapan saya pada masa akan datang:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk rebus:
1 ekor ayam yang telah dipotong
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Untuk nasi:
3tbsp majerin
2cm Halia
2 ulas bawang putih
Sedikit rempah ratus spt bunga lawang, cengkih etc
5 pot nasi
Sedikit garam
1/2 cube Stok ayam
Daun pandan (optional)
Air rebusan ayam
Untuk Perapan:
2cm Halia
2cm bawang putih
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
Untuk Sos:
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cmhalia
1tbsp cuka/garam/gula
1/2 cawan air
Untuk Sup:
Lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar yg diblend
rempah sup
garam
daun sup yang dihiris
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Stok ayam secukup rasa
Cara-caranya adalah:
- Ayam yang telah dipotong dibersihkan dan dilumur dengan bahan untuk rebus spt diatas. dan kemudianya rebus sehingga empuk. Kemudian air rebusan hendaklah disimpan.
- Toskan ayam dan perap ayam dengan bahan untuk perapan spt diatas. selama 30-45 minit. (Lagi lama lagi bagus). Goreng ayam sehingga garing. Tips: Tak perlu goreng terlalu lama kerana yama telahpun direbus.
- Basuh dan toskan beras. Tumis majerin bersama halia dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau. Di periuk rice cooker pulak masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya serta bahan yang telah digoreng sebentar tadi. Daun pandan sekiranya ada untuk menaikkan wangi nasi. Kemudian on rice cooker sepeti biasa.
- Untuk soso pula, kisar kesemua barang diatas sehingga lumat. Dan selepas itu masakkannya sebentar di atas api
- Untuk sup - Masukkan kesemua bahan (untuk sup) di atas dan kemudian panaskan di atas api sehingga masak.
Hasilnya: Seekor ayam ini habis dimakan oleh kami suami isteri dalam masa sehari. Sungguh tak sangka aku akan membuat nasi ayam sendiri. Selama ni asyik beli kat kedai je.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen korang!!!