Skip to main content

Kalau mak bapak bercerai, macam mana dengan masa hadapan anak?

Setuju tak dengan tajuk dekat atas?
Nak tak nak kita kena setuju jugak, kenapa?
Dah ada pepatah melayu, bersatu teguh bercerai roboh. Betul tak?
Tapi takkan sebab pepatah melayu, tak pasal-pasal kita kena setuju pulak kan?
Sejujurnya aku memang anak mangsa perceraian, tapi hidup aku bukanlah daif sangat, malah ada yang anak beribu bapa masih daif dari aku dari segi wang ringgit, keperluan dan kehendak semua diikuti.
Syukur kerana nasib aku agak baik.

Tapi bila dah meningkat alam dewasa, baru aku nampak implikasi dia.
Besar jugak, perbezaan kasih sayang ibu bapa dan kasih sayang ibu atau bapa sahaja.
Sangat berbeza....
Apa yang beza? Perbezaan dia dari segi pembetukan sahsiah diri kita dan juga emosi kita.

Entree ni bukan nak bercerita tentang kisah hidup aku sebagai mangsa penceraian.
Tapi hanya luahan hati apa yang terjadi sejak dua menjak ini di masyarakat kita.
Semuanya boleh dikatakan sebab PENCERAIANN. Tiada KESATUAN antara sesama manusia.

Contoh-contoh yang aku nampak dengan mata kasar akibat PENCERAIAN:

1. Cerita KIKI stering lock. Sesetengah bangsa menjadikan dia isu bangsa. (bukan semua) Padahal ini tidak perlu terjaadi, ianya sepatut dihukum mengikut adab ssesama manusia bukan agama atau bangsa.
2. Cerita Sim Kuan Yew. Walaupun dilaporkan account FB telah di hack, namun siapa yang hack itu? Orang yang menulis itu sudah pasti ada sifat anti - MELAYU yang kuat. Sekali lagi ini kesan penceraian bangsa.
3. GAZA VS ISRAEL : Mengikut logik akal, tidak sepatutnya peperangan pertumpahan terjadi pada alaf moden ni, tapi kenapa dia terjadi? Sekali lagi kerana penceraian.
4. #MH17 : Kalau lah betul sekalipun tersalah tembak missile, persoalanya kenapa anda perlu berbalah sesama sendiri RUSSIA vs UKRAINE. Tidak boleh kah kalian bersatu? Tidak termasuk lagi komen-komen rakyat Malaysia yang seolah2 mengutuk negaranya sendiri seperti kenapa kapal terbang tu lalu jalan salah bla bla bbla. Tak boleh ke kalian bersatu ?

Memang susah nak mencapai kata sefahaman. sedangkan suami isteri bercerai pun susah nak baik ini kan pulak melibatkan banyak kaum, bangsa, negara dan seantero dengannya.
Tapi satu benda yang pasti PENCERAIAN takkan menguntungkan mana-mana pihak.
Cumanya sekadar memuaskan hati dan nafsu korag sahaja.

Fikir-fikirkanlah masa depan anak-anak kita nanti...

Aku manusia yanng kerdil ini hanya mampu berdoa supaya kita sesama manusia boleh bersatu untuk terus mencapai keamanan. Itu sahaja yang aku mampu.

#PrayforGAZA
#PrayforMH17

Regards
@fynadegreat

Comments

Popular posts from this blog

Maesara at Genius Aulad Bayan Baru

Assalamualaikum wrt. Entree kali ni nak aku nak cerita tentang anaknda bongsu ku yang telah bertukar ke tadika baru, iaitu Genius Aulad Bayan Baru. Sebelum ni Maesara dah mula sekolah seawal usianya 2 tahun di E-bridge preschool. Kenapa aku tukarkan Maesara ke sekolah baru? Alasannya cuma satu, sebab sekolah lama dia menyediakan budak-budak untuk masuk SJKC manakala untuk Maesara aku plan untuk masukkan dia ke SK pada darjah 1 nanti. . Kenapa Genius Aulad? Selain disebabkan Abang nya Miqael, alumni Genius Aulad. Selain dari tu, sebab faktor lokasi nya sangat berdekatan dengan tempat kerja ku. Itu sahaja. . Struktur yuran Genius Aulad ini pada aku sesuai la dengan yuran tahun 2020.  Boleh refer picture di bawah untuk struktur yuran. Yuran bulanan untuk 1/2 day ialah RM 320 Struktur yuran Genius Aulad Keburukan half day. Bagi aku program half day ni sangat tak sesuai dengan parent yang bekerja sepenuh masa. Disebabkan bila cuti sekolah, maka program half day ...

Cermin keretaku pecah di Penang

28 March 2010. Genap setahun usia perkahwinan kami. Happy aniversary to us. :) We have our breakfast + lunch at Hamediyah Relau, nasi beriyani udang, paling sedap di Penang. Almaklum sajalah bangun pon agak lewat, lagi sejam nak pukul 12 tengah hari. Setelah selesai makan, suami berhasrat untuk mencuci keretanya di car wash bersebelahan dengan Hamediyah restaurant itu. 1st phase : Kereta melalui pam air automatik untuk memberishkan kotoran degil di kereta 2nd phase : Kereta dipancut oleh pam sabun buih secara manual 3rd phase : Kereta dicuci secara manual 4th phase : Kereta akan dilalu mesin pecucian & seterusnya mesin pengering autoomatik Dekat phase ni tiba2 teserlah satu garisan yang agak panjang melintasi cermin. Kami terpinga kotoran degil apkah ini. Sambil2 melalui mesin automatik itu kami menghayati keretakan cermin depan kereta suamiku.Macam auto show la pulak ek. Padahal hati nak menjerit tapi siapa yang nak disalahkan. Maka kami redha je la dengan cubaan yang diberi.Marah...

Dermatologist in Penang: Dato Dr Lim Huat Bee

Sejak kebelakangan ini muka saya sangat teruk, dipenuhi dengan macam-macam jenis acne. Ini tidak termasuk dengan parut-parut yang sedia ada. Sampai satu tahap suami saya rate mueka saya 4/5(5-paling teruk). Tak tahu la di mana salahnya, terlalu banyak kemungkinan permakanan, hormon, tak cukup tidur dsbnya. Kalau nak cakap hal product dah bermacm2 jenis dari yang asli tanpa campuran kimia sampailah ke bahan campuran kimia di tahap maksimum. Namun jerawat tetap mebiak di serata muka. Akhirnya setelah mengunakan enjin pencarian google, terjumpa lah akan Doktor Pakar Kulit yang disarankan oleh ramai orang iaitu Dato DR Lim Huat Bee. Dengan persetujuan si suami maka saya pun pergilah ke kliniknya. Sesampianya di klinik dalam pukul 10.30AM, Grrrrr ramai sungguh orang, kalah hospital kerajaan. Sesudah daftar kami keluar minum air kelapa , kemudia jalan kaki ke old town. Setelah kembalinya ke klinik belum sampai jua giliran saya. Akhirnya 1.00PM baru nama saya dipanggil. Masuk jumpa Dr tidak l...