Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Gagal Sekali bukan bererti gagal selamanya.

Hari ni entree susudah subuh, tiba-tiba rasa nak menulis sebelum sediakan breakfast. Saya nak cerita pen galman hidup sendiri, boleh jua dijadikan contoh untuk yang sedang jatuh  terutama untuk SPM failure. Zaman saya dahulu bermula dari UPSR, PMR dan SPM. Untuk UPSR saya dikira agak cemerlang - 4A, dan kemudian PMR pula agak baik 5A3B, manakala SPM saya sangat teruk dan tak perlu saya tuliskan disini. SIJIL Keputusan saya hanya layak menempatkan saya di peringkat sijill politeknik. Dalam masa 2 tahun saya habiskan  pengajian saya dalam bidang Sijil Kejuruteraan Elektrik Elektronik dengan pointer yang agak tinggi. 3.8 kalau tak salah. Namun persepi masyarakat bukanya lihat sangat maklum lah saya ini hanya lepasan sijil, banyak jugak la yang memandang serong dekat saya (perasaan saya) terutama jiran-jiran malah sedara mara sendiriMaklumlah mereka semua sambung ke matriks dan terus ke ijaza sarjana muda. Namun banyak yang saya belajar di kala pengajian saya, semasa cuti semes...

Review tentang CLARISONIC MIA 2 - facebrush

Hari ni rasa nak berselfie sendiri. Bukannya perasan cantik. Tapi barang yang baik kena lah share sesama umat kan. Tapi bukan share duit tau, hanya share review sahaja. Seperti yang sedia maklum kulit muka saya ni selaalu mengalami masalh pimple. Bila pimple mula la berparut, sampai rasa macam rimas. Tapi pimples saya dah seteruk zaman-zaman muda dulu. Serabut memikirkan masalh parut, ffreckles yang macam sikit-sikit, maka saya tanya lah adik saya yang merupakan beauty consultant kat Sephora. Maka dia reccomend clarisonic Mia 2.  Tambahan pula dengan ada jua doctor yang sarankan CLARISONIC MIA 2  serta sedikit bacaan di Google maka saya tekadkan usaha untuk membeli dengan berbekalkan modal dalam RM500 dianggap sebagai investment untuk muka. Hahaha..... Ini saranan oleh Dr Kulit dari facebook: Maka selepas saya pakai hampir sebulan beginilah hasilnya. Walaupun bukan 100% parut hilang tapi saya nampak la perubahan sikit demi sedikit ia berkurang. Saya memang ta...

Tanggungjawab dan zakat/sedekah

Hari ini keinginan untuk menulis datang. Sepatutnya saya perlu menyiapkan chapter 1 and chapter 2 thesis saya. Tapi saya memilih untuk menyimpang seketika. Kenapa tajuk kat atas tu macam tajuk ceramah agama? :) Tapi bukannya saya nak tulis pasal agama, lagipun saya bukanlah yang pakar untuk membahaskan tentang hukum agama. Sebenarnya dah lama saya tahu yang rezeki yang kita dapat ini bukan 100% milik kita. Sewajarnya dikongsi dengan keluarga dan golongan yang diperlukan. Tapi berapa nisbahnya saya tak pasti, cukuplah sekadar yang dirasa mampu. Namun saya akui saya tidak berapa mengamalkannya, kerana saya tamak terkadap diri sendiri, gaji yang diterima dirasakn tidak pernah cukup. Macam mana pulak nak cukup dapat gaji beli baju cantik, beli kasut anak, beli tudung aidijuma. dan macam2 sampai habis lah gaji saya. TANGGUNGJAWAB Tapi sejak akhir-akhir ini (mungkin sebab meningkat tua) saya mula berfikir tentang tangungjawab. Berbaloi ke saya melaram tudung, baju yang hanya berhar...