Isnin, 15 Julai 2013

Resipi asam pedas ikan merah

Salam semua Hari ni dah masuk 6 hari Ramadhan, macam mana dengan puasa korang? OK tak? Puasa saya so far so good. Entree kali ni nak share tenaang resipi asam pedas. Gaya macam susah sangat kan... hhihhi Actually saya share ni untuk rujukan saya pada masa akan datang, maklumlah masak bukannya selalu. Setiap kali masak je bukak google. Pas tu bila nak masak lain kali cari resipi yangs ama dah tak jumpa. So far ni resipi asam pedas yang saya dah cuba, dan hasilnya agak sedap. Siapa yang cakap sedap? Of course lah hubby saya kan.

 Bahan-bahannya

  • Bahan - bahan yang dikisar
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • CIli kering secukup rasa. (nak pedas letak lah banyak)
    • 2 inch halia
    • sedikit kunyit hidup
    • 1 sudu kecik serbuk lada hitam
    • Sedikit belacan
  • Bahan - bahan lain untuk dimasak
    • 2 ketul ikan merah
    • 5 batang bendi
    • 1 cawan air asam jawa
    • 1 biji tomato
    • 1 biji bawang besar
    • 2 batang serai
    • 1 batang bunga kantan
    • Sedikit daun kesum
    • Garam secukup rasa
    • Air
    • Minyak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bahan-bahan yang dikisar. Masukkan juga serai. Biar selama beberapa minit sehingga cili masak.
  2. Masukkan bunga kantan dan daun kesum pula
  3. Kemudian masukkanlah ikan beserta air asam jawa.dan tomato
  4. Akhirnya masukkan  bendi.
  5. Dah siap.

Ok uolls selamat mencuba resipi simple saya ni.



Regards
Fynadegreat
Catat Ulasan