Skip to main content

Posts

Showing posts with the label food

Homemade food recipe : Kari Ayam

Hari ini first time masak kari ayam version begini. Maka kena cepat-cepat tulis resipi untuk dijadikan rujukan di masa hadapan. Rasannya agak sedaplah ebrbanding yang sebelum ini. Bahan- bahan yang diperlukan: 5 ketul ayam (2 daddy, 2 mummy, 1 miqael) 1 biji kentang 3 beradik rempah ( sikit je) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kering 1 biji tomato 1/2 cawan air asam jawa 3 tangkai daun kari 5 sudu minyak untuk menumis 1 paket 25gm serbuk kari Babas (dikacau dengan air dalam 2 cawan) 1/2 kotak santan 5 sudu susu cair 2 sudu kecil garam Cara-cara masak Panaskan minyak Tumis 3 beradik rempah sampai naik baru - 3 minit Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, daun kari, tomato - 5 minit Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan kemudian terus Masukkan Ayam dan kentang - 10 minit Masukkan air asam jawa Masukkan santan dan jugak susu cair, serta garam secukup rasa. Okay dah siap. Se...

Resipi asam pedas ikan merah

Salam semua Hari ni dah masuk 6 hari Ramadhan, macam mana dengan puasa korang? OK tak? Puasa saya so far so good. Entree kali ni nak share tenaang resipi asam pedas. Gaya macam susah sangat kan... hhihhi Actually saya share ni untuk rujukan saya pada masa akan datang, maklumlah masak bukannya selalu. Setiap kali masak je bukak google. Pas tu bila nak masak lain kali cari resipi yangs ama dah tak jumpa. So far ni resipi asam pedas yang saya dah cuba, dan hasilnya agak sedap. Siapa yang cakap sedap? Of course lah hubby saya kan.  Bahan-bahannya Bahan - bahan yang dikisar 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih CIli kering secukup rasa. (nak pedas letak lah banyak) 2 inch halia sedikit kunyit hidup 1 sudu kecik serbuk lada hitam Sedikit belacan Bahan - bahan lain untuk dimasak 2 ketul ikan merah 5 batang bendi 1 cawan air asam jawa 1 biji tomato 1 biji bawang besar 2 batang serai 1 batang bunga kantan Sedikit daun kesum Garam secukup rasa Air Minyak Cara...

Food: nasi lemak pak raja, bukit gedong penang

Hello semua Malam ini saya nak ceritakan lagi satu tempat makan yang mesti anda cuba sekiranya anda berada di Penang. Nama : Pak Raja Nasi Lemak Station Lokasi : kompleks makanan bukit gedong, penang Waktu beroperasi : 4pm till 10 pm. ( tapi selalunya pukul 8 pm dah licin) Hari beroperasi : hari- hari kecuali isnin Menu utama : nasi lemak berlauk Harga : Rm3 till Rm7 Hari ni selepas Solat maghrib, terus kami sekeluarga keluar demi mengejar nasi lemak pak raja. Tapi bila sampai pukul 8pm dah pun habis, cuma cukup untuk 1 hidangan sahaja. Maka suami saya tak dapat la makan nasik lemak ni. Bagi peluang dekat isteri tercinta. Memang selalu gerai ni confirm kene beratur panjang. So till here than. Layankan lah picture nasik lemak yang lazat ini. Regards Fynadegreat

Food : Mikki Western Food at Pantai Jerejak Penang

Salam semua Entree pagi ni saya nak cerita tentang salah satu tempat makan di kawasan rumah saya. Ianya bercirikan western. Contoh menunya Steak, Chicken Chop, Spagheti dan lain-lain. Nama Kedai : Mikki Western Food Waktu beroperasi : 6PM - 10PM Hari beroperasi : Hari-hari kecuali Rabu Anggaran Harga 1 menu - RM10 ~ RM30 Istimewa: Ada Redeem Card, Setiap kali pergi dapat 1 cop, Kumpul 10 kali dapat makan free. Semalam kami sekeluarga makan Black Pepper Steak. Kesedapannya di paras normal. Bukan lah Wow sangat. Total price RM48 untuk 2 set steak, 2 air, 1 french fries utk AMN ku sayang. Note: Makan dinner awal sangat, malam  sebelum tidur supper maggi asam laksa. Sungguh tak sihat. OK till here then Regards, Fynadegreat

Food : Nasi Minang at pasar malam Penang

Hari ini saya nak share my current food obsession iaitu nasi minang yang paling sedap kat Penang. (macam over pulak kan). Ia nya boleh didapati di pasar malam Mahsuri, Bayan Baru setiap hari Khamis. So sekarang ni tiap-tiap minggu saya suruh suami pergi beratur membeli. Tak percaya kena beratur? Serious OK!!!! Tapi saya takda pulak proof of picture nak tunjuk. So lauk dia yang saya rasa agak lazat: * Udang Goreng Cili * Daging Rendang * Pucuk Ubi Rebus ( NI kawan saya yang suka sangat) *Kcang panjang with Tempe * Sambal Cili Padi (Yang ni wajip amik.....) So to all Penangaites, selamat mencuba lah.. Kat bawah ni saya share picture nasik saya semalam. So camana lazat tak?     Regards, Fynadegreat  

Food :Pesta pulau pinang 2012

Holla Lama tak update kan..... Speachless xtahu nak tulis apa. Tittle kat atas tiaada kena mengena dengan entree saya. Cumanya saya baru balik berlibur di pesta pulau pinang....wah rambang mata, tak tahu nak beli apa maklumlah, saya tengah broke akibat bershopping di clarks warehouse sale ari jumaat yang lalu.... Kenap la hujung tahun sale sane sini ha... Nafsu!!! Nafsu!!!! Pergi kau jauh jauh.... Pejam celik pejam celik its year end kan... Say buhbye to 2012. Welcome to 2013.... Hmm apa resolution 2013??? Ah malas lahhh yang 2012 pun belambak2 tak tertunai.... K lah till here...nnt rajin2 i update lagi ye wahai pembaca....oopsss ade ke pembaca blog i ni....rasa macam syok sendiri je..... Chowsinchin Wajah kesayangan hamba - Posted using BlogPress from my iPad Location: Penang

02072010: Final Exam + Laksa

Mummy is in the house. So di kesempatn ini aku mengambil kesempatan untuk mempelajari masak laksa, di samping menjamu kawam-kawan yang terpilih. Pagi-pagi bangun pergi ke pasar. Bahan-bahan yang dibeli merangkap yang digunakan adalah: 1. 2kg laksa (lupa pulak brand apa) 2. 1.1 kg ikan kembung 3. 2 kuntum bunga kantan 4. 3 keping asam keping 5. 2 biji bawang besar 6. 2 biji bawang kecil 7. Sedikit Belacan 8. Sedikit cili kering 9. Telur ayam 10. Timun 11. Salad 12. Cili padi Balik dari pasar. Tanpa melengahkan masa saya terus memasak dengan bantuan ibuku. So siapa-siapa yang nak belajar boleh lah mengunakan panduan yang aku sertakan ini. Panduan ini juga mudah untuk aku gunakan kelak. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut. 1. Rebus ikan kembung selama 5-10 minit. Air rebusan di simpan dan dimasukkan di dalam periuk untuk membuat kuah 2. Selepas direbus, asingkan isi ikan dan tulang ikan. 3. 1/3 dari isi ikan itu dimasukkan terus ke dalam periuk. – Ini untuk menjadikan kuah laksa leb...

20062010: Dadih strawberry

Hari ni masih weekend. Terlintas di hati nak membuat agar-agar. Tiba-tiba suami saya berkata " Buatlah Dadih". Lalu saya mem"google" resipinya. Owh sangat senang caranya. Bahan-bahanya adalah seperti: 1 paket agar² 1 liter susu Dutch Lady berperisa strawberry 3 senduk gula 1 liter air masak. Cara-caranya adalah: Masuk kesemua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mengelegak. Kemudian cedok masakan tadi ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan. Sejukkan dadih tadi di dalam peti ais. Dan akhirnya makan lah bersama-sama org yg tersayang.

Makan kat mamak

Hari ni dah 2 meal aku makan kat mamak. Walaupun sebenarnya aku tak suka sangat tapi macam tak ade pilihan lain sebabnya aku berada di Penang yang sememangnya penuh dengan kedai2 mamak. Pagi makan breakfast di kayu nasi kandar bersama2 breakfast club iait affa n cik isaac. Menu Roti pisang and nescafe tarik. Lunch pulak kat Kapitan bersama2 rakan2 breakfast club + hasni. Menu kali ini nasi beriyani ayam + teh o ais limau. Petang pulak pergi minum kat old town white coffee. Nasib baik bukan mamak. Baru lepas hubby call ajak dinner nnt kat nasik beratur iaitu mamak jua selepas piala thomas. Aiyoyo... asik mamak je...... Baru aku perasan aku nih asik makan je.... Makan untuk hidup ke or hidup untuk makan? P/S: Wishing all the best to malaysia team for semi final.

Dinner: Mushroom soup & Apple salad

Today just came back from ipoh on evening and the most important thing tomorow kene kerja... Malas yang melampau. Kenapalah CNY ni bukan 1 week public holiday. So on the night i was alone at home since my hubby is on job duty. Fikir punyalah fikir at last aku decide nak makan mushroom soup ngan apple. Terus heading off to Tesco Extra which take less than 15mins to reach. Yang paling suprisenye sebiji apple yag agak kecik, size S beharga RM1.25 sebijik. Mahalnye aku rasa. Since i don't have any option aku ambil 4 biji. RM5 okies... Tapi dah terigin punya pasal amik je la. So motif entry ni bukannya nak show off dinner meal aku malam ini. Tapi cuma nak mengexpress ketidak puasan hati terhadap harga apple yang sangat mahal. Next time baik beli dekat lorong kulit je, RM5 for 12 bijik. Serious.... So below is the picture that i'm going to sharw with you guys.

Hubby bonus + Manhatan Fish Market

7 February 2010 bersamaan dengan suami dapat bonus. Berapa point ek? Adalah sikit.... Disebabkan itu suami telah decide untuk membelanja lunch+dinner di Manhattan Fish Market. This is the 2nd time kami makan di sini setelah 4 tahun berlalu. Set meal yang kami order adalah Premium Sea Catch Whole Platter. Apa ada di dalam set ini? Hmm banyak benda dalam ni, seekor ikan siakap, banyak ekor udang, banyak ekor sotong, nasi garlic, french fries dan kepah(ini aku tak sure apa nama benda ni, tapi yang pasti rupa dia ala-ala lala tapi besar). Kenyang la makan set untuk berdua ni, rasanya kalau 3 orang pon cukup. Oh ya harga untuk makanan hari ini lagi 20sen nak sampai RM100. Secara keseluruhannya, i don't really like this set , sebabnya too dry. Takde kuah sangat melainakn sos tartar ngan sos cili. Enjoy the picture. Jangan tengok orangnya, tengok signboard je yek. Ini lah setnye.

Data Structure | Laksa | OldTown White Coffee | Hadif Darwish

Seawal 645am dah kena bangun nak bergegas ke lecture Data Structure by Dr.Azman. Tambahan pula hari ni journey agak jauh memandangkan nak travel to ipoh untuk menjemput ibu dan adik ke Penang. Almaklum la Afif si baby di rumah hendah mendaftarkan di sekolah barunya pada hari Isnin ini. Selepas mandi-manda kemas-kemas apa yang patut untuk pulang ke ipoh dan akhir sekali meninggalkan rumah untuk keluar bersarapan lalu ke kuliah yang diramalkan bermula pada 8.30am. Setibanya di kelas, sesi memeningkan kepala telah bermula. Mana taknya kelas data structure ni purely programming C++. Dah la dengan lab work yang sangat panjang. Padahal bukanya susah sangat pun, program telah diberi, cuma cari error je. Itu pon terkial-kial nak buat. Selesai kuliah pada pukul 12.30pm, kami berdua cepat-cepat memandu pulang ke Ipoh Setibanya di Ipoh, destinasi pertama adalah Mee Rebus Ramli di Bercham Raya. Namanya Mee Rebus Ramli padahal fav aku kat sini adalah laksa. Setibanya di situ rupa-rupanya tutup, mal...

Activity on New Year 2010 - Membakar kek coklat

Hari nie saya telah memutuskan untuk membakar cake setelah sekian lama meningalkan aktiviti ini. Maka setelah bangun tido lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami pon pergi membeli bahan-bahan membuat cake di Tesco di samping lunch sekali. Berikut adalah bahan-bahannya: Setelah membakar lebih kurang sejam ini lah hasilnya (belakang cake) Ini pula gamba yang telah siap disapu toping.Walaupon nampak tak cantik tapi percayalah sedap.... Nyum- nyum sedapnya. Saya dan suami makan dengan seleranya. Sebahagian daripada kek ini juga turut diberi kepada jiran tingkat atas iaitu Wa. Moga-moga lain kali Wa bagi lagi masakan yang lain. Heheheheh. Setelah selesai membakar cake, suami mengajak pergi mebeli dan belah bajunya di Juru Auto City tempat kegemaranya. Beliau telah menghabiskan banyak $$$$$ di situ. Katanya beli baju setahun sekali (buat-buat percaya je lah.) Tapi realitynye memang banyak sale yang sangat berbaloi-baloi. Sebagai contoh Seluar Levis sebanyak 30% tapi saya tidak berminat mebel...

Azlan's Wedding + Mee Udang Banjir Kuala Sepetang + Superman MALAYSIA

Selepas sekian lama tidak memupdate blog, here you go a new post from me. Hari ini kami sekeluarga telah menghadiri perkahwinan Azlan Taib iaitu x-housemate kepada housmate aku sekarang. Maka Lan merupakan generasi terakhir yang menamatkan single lifenye di anta kesemua housemate mereka. Weddingnye telah dilangsungkan di Taiping, Spekot sebagai petunjuk jalan telah memilih untuk exit di tol Jawi. Just imagine exit Jawi tapi the destination ialah Taiping, aku sungguh tak faham mengapa keputusannya macam tu. Maybe nak jimat tol (RM2.80 - From Juru to Jawi) Setelah meredah perkampungan lokasi pergambaran kekasihku Saerah by TV3 maka bertemulah dengan rumah pengantinnya. Congrats to both of you on ur wedding. Dekat kenduri ni juga aku ada snap pix spekot+adirah junior = Lisa. (chumelnye budak ini) Selepas balik dari kenduri Lan our next destination adalah Mee Banjir Mak Teh Kuala Sepetang. Memang ini telah diplan dari awal lagi tapi perut pulak masih kenyang makan nasi minyak Lan, maka kam...

Turn encik suami pulak yang masak.

Hari nie balik kerja je boley rilek2 atas katil... Hihihihi Ini adalah kerana turn encik suami yg masak. Menu hari ini ialah: Gulai lemak udang bersama belimbing Sayur toa meow goreng oyster Ikan masin tenggiri goreng Air carrot susu. Dan akhir sekali adalah nasi putih. Tak sabar-sabar rasanya nak makan, terbau2 gulai lemak yg semacamnye sedap. Malangnya esok dah tuka syif memasak pulak. Maka balik kerja dah tak boleh tidur.

Breakfast di Subway E-Gate

Pada hari ini, saya telah memulakan hari saya dengan breakfast di Subway. Ini adalah kali ke-2 kehadiran saya disini. Pada pertama kali kami sangat blur dan tidak tahu cara mengorder menu di sini. Ia amat berlainan sekali dari tempat lain dan tambahan pula menunya yang agak unik berbanding di cafe lain. Pada 1st time kami telah mengorder sekeping roti yang berukuran 12inch dan dipenuhi dengan tuna sebanyak 6scoop ice cream. Dan total breakfast utk 2 org adalah RM23.Mahal bukan? Maka suami saya telah serik utk makan di Subway. tetapi pada hari ini saya telah mencuba kali ke-2. Kali ini saya dikira telah berpengalaman sedikit maka saya telah mengorder breakfast set 2 set. Dan totalnya adalah RM11.60. Sangat murah~~~. Tambahan pula hidangannya agak sedap kerana suami saya telah mengevaluate tahap kesdapannya. Di dalam set itu terdapat: Sandwich beroti bulat yang boleh dipilih samada tuna ataupon ham Side2 order yg boleh dipih sama ada onion, cucumber, tomato, pickle, salad dan byk lagi. S...

Farewell Noorhayati Idros

Farewell untuk Yatie oleh UMCV telah diadakan spt di bawah: Date: 11 June 2008 Venue: Fisherman wharf di SG Ara, Penang Time: 12 Noon - 130PM Kami telah mengorder lunch set nya iaitu terdapat 2 pilihan: Chicken chop with rosemarry sauce[starter soup with garlic bread, main course, lemonade squeeze, mango pudding . - Saya telah memilih menu ini dan ternyata rasanya sangat tak sedap sama sekali. Rating utk main coursenya adalah (0/5) Fish and chip. - I'm not sure about this. Berikut adalah pix group kami yang telah disnap oleh seorg pekerjanya. Berikut adalah teks ucapan oleh orang yg diraikan. Beliau telah menitiskan air matanya. Motifnya tidak dapat dikenal pasti samada gembira meningalkan kami, terharu meningalkan kami ataupon ada sebab lain. Yang pastinya beliau mengibas2 matanya dengan tujuan utk mengeringkan air mata. Mengapa beliau tak pakai tisu? Haaa soalan trivia, sila lah jawab. Apa-apa pon cik Yatie all the best on your future undertaking. Nanti kad dah dicetak jangan lu...

Farewell Wis and yatie at Johnny's restaurant

Wisatawati and Yatie gonna leave intel to pursue their own interest in her life. As for that we plan a mini farewell party as a token of appreciation for being a great friend. Mula-mula plan nak ke Seoul Garden at Gurney Plaza tapi at last disebabkan Issac busy dengan meeting penetuan cubicle till 12 and Yatie pulak nak fetch adiknye di airport, so finally we decide to do it in Johnny's at Queensbay Mall. Tak dapat Grill pon steamboat pon jadik la. Rasa sedih pulak makin lama makin berkurang kawan-kawan kat Intel. Tapi apa-apa pun to both of you nanti calling2 la nk jemput makan nasik minyak. Pasal gambar pulak, nape gambar yatie sorang2, heheehe. Actualy no special reason, Yatie kena balik awal so we don't have picture to show all 5 of us. So aku tempek je la picture yatie sorang then 4 of us. Thanks to Issac, Affa, Yatie, Wis and adik Yatie for jayakan event ini. Nanti farewell aku, korang sumua kena balik Penang balik utk farewell kan aku. :( *More picture will be in my pic...

Saturday bersama-sama hubby

Hari ini sepatutnya 1st day of my class in this short semester, I will study 2 university subject which are Komunikasi Berkesan and Islam dan Isu2 bersemasa. The name of subject already show yang subjectnya agak boring, but that is my prediction OK~~~. Who knows it will me as interesting as Hubungan Etnik. Thanks to Prof Hussain to bring the subject alive. Punyalah bersemangat aku ke kelas, siap jadi org 1st sampai but too bad after an hour waiting form 2pm - 3pm, the lecturer still haven't turn up. At last the class rep, Mr Zaaba called the lecturer courtesy of Mr Azlan telephone. (Saje nak interframe hubby lebih2) Guess what, this Komunikasi Berkesan lecturer cakap " Saya terlupa ada kelas hari nie" Sob Sob!!!! Sangat x berkesan komunikasinnya. Dengan kecewanya kami pon cabut la dari kelas itu but we don't have any idea to where. Ala2 Hanson punya album la pulak " Middle of no where" So our 1st destination is Queesnbay Mall. Hajat di hati nak survey sport ...

Food Review : Menu sendiri

Today balik kerja je, tepat kol 530pm terus masuk dapur nk masak utk husband yg bakal pulang bekerja at 7pm. Menu hari ni adalah: Sambal tumis sotong Ikan bilis Goreng asam jawa Sayur toa meow goreng. Walau pon nampak mcm sgt simple tp, for this 3 menu i need almost 2hrs to cook all this. Well mmg for this time beeing if i masak, i need at least 1 and half hours OK~~~ Phewww.... Itu la dulu suruh belajar masak, sangat malas dah kahwin nie baru la terhegeh-hegeh print recipe hari-hari. The sad news is, my sambal tumis sotong tak jadi. I don't know whats wrong with that tp yang pastinya rasanya tak sedap. My hubby say sebab kuali yang x sesuai. Logikkah? :( So i malas nk snap any pix to share. Tapi nasib baik la 2 menu yang lain jadi dgn berjayanya. Syukur. Ok lah guys chow, nak pergi makan bersama hubby yg tercinta~~~